DI dalam organ jantung ada 4 injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja.
Injap ini dinamakan injap Mitral dan Aortic di sebelah kiri dan injap pulmonari dan tricuspid di kanan jantung.
Injap mitral memisahkan antara atrium kiri dan ventrikel kiri dan memastikan darah hanya mengalir daripada atrium ke dalam ventrikel.
Daripada ventrikel kiri, darah dipam keluar ke salur darah aorta dan injap aortic memastikan darah tidak mengalir semula ke dalam ventrikel kiri dari aorta.
Injap tricuspid pula memisahkan atrium kanan dan ventrikel kanan, manakala injap pulmonari memisahkan ventrikel kanan dan salur darah pulmonari.
Masalah injap bocor ialah apabila injap tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan darah mengalir ke belakang. Jika injap mitral bocor, darah mengalir semula ke dalam atrium kiri dan jika injap aortic, darah mengalir semula ke dalam ventrikel kiri.
Injap paling kerap mengalami masalah bocor adalah injap mitral dan aortic, diikuti injap tricuspid dan pulmonary.
Injap mitral bocor (Mitral regurgitation)
Injap mitral boleh menjadi bocor disebabkan:masalah prolapse injap mitral
penyakit jantung reumatik
jangkitan endocarditis – jangkitan kuman pada injap
penyakit jantung koronari
jantung bengkak
Simptom akibat masalah ini:
Penat atau susah bernafas ketika berjalan atau bersenam
Rasa berdebar-debar
Ujian yang boleh mengesahkan masalah ini ialah ekokardigram atau ultrasound jantung. Di dalam ujian ini, tahap bocor injap dapat dinilai dengan tepat dan jika didapati teruk, pesakit disyorkan menjalani pembedahan injap mitral. Tiada ubat boleh mengubati masalah injap.
Injap aortic bocor (Aortic regurgitation)
Masalah ini disebabkan:
penyakit jantung reumatik
jangkitan endokarditis – jangkitan kuman pada injap
masalah yang menyebabkan salur darah aorta menjadi bengkak seperti sindrom Marfan, sifilis dan ankylosing spondylitis
Simptom kerap dialami ialah kesukaran bernafas atau penat, terutama bila bersenam. Sama seperti masalah injap mitral bocor, tiada ubat boleh mengubatinya. Pembedahan tukar injap satu-satunya rawatan untuk masalah injap aortic bocor.
Injap Trikuspid bocor
Injap tricuspid berada di sebelah kanan jantung. Injap ini boleh menjadi bocor disebabkan :
Jangkitan endokarditis – jangkitan kuman pada injap
Penyakit jantung reumatik
masalah yang menyebabkan ventrikel kanan bengkak seperti :
> pulmonari hipertensi atau tekanan darah tinggi di dalam salur darah pulmonari
> masalah lemah jantung keseluruhan
Simptom disebabkan oleh masalah ini adalah:
bengkak seluruh badan
bengkak kaki
bengkak bahagian abdomen
letih..
P/S : Kenapa aku letak artical nie ?
Sebab aku ada salah satu gejala diatas... Tapi yang mana ?? Hanya aku dan doktor tahu... :)
9 mengumpat:
mcm mna kalau ada injap jantung bocor . pastu ada mcm ketulan bengkak kecil di dada sebelah kiri . adakah itu simptom dari pnyakit sya . sebelum ni sya pernah checkup di klinik biasa . doc mngatakan itu cuma tulang . tapi jika ia tulang knapa saya ada rsa seperti ketulan benjol .. dan merasakan sakit . disebelah kanan tidak pula sakit dan tiada sebarang ketulan benjol .
Saya ada pulmonary hypertension... 2 injap saya bocor. Jantung kanan bengkak. Selalu kaki bengkak.
Injap saya bocor tahap 2...apa solution yg patut saya buat
Adakah bahaya jika slh satu injap bocor??
Maaf sy tidak setuju klu anda bg tahu tidak ada ubat.
Sy tengah alami skrg, injap jntung bcor 3 tempat. .skrg sy pregnant ank sulong. Doakan sy dn bby slamat
Semoga puan dan baby selamat..sya slh seorang pesakit injap bocor..berlaku semasa sya pregnant ank ke2 bln 5 tahun nie..dan slps melahir baru tahu sya ada mslh injap bocor..semoga Allah lindungi kita..amin
Mcm sama kes sy. Sebelum due bersalin lg 3 hari sy masuk wad sbb tekanan darah tinggi mencapai 200 keatas. Hari k~2 sy dipaksa bersalin kerana risiko tinggi. Lepas bersalin 1 tahun sy jalani pembedahan di htaa Kuantan tahun 2016 dan alhamdulillah sihat. Tp lepas pembedahan sy xsarankan buat kerja berat lg dh. Kalau kita buat juga cukuplah sekadar ringan. Jantung kena jaga. Ada anak kecil ni penguat semangat kita nk teruskan hidup.
Saya pun kena injap jantung bocor masa mengandung anak no 4...
Catat Ulasan