RSS

Throwback Dubai

Dubai - 80% bentuk muka buminya tandus tanpa tumbuhan... Dengan taburan hujan yang sangat sedikit korang boleh teka keadaan nya tanpa kesana... Tapi sejauh mana benarkan tekaan korang?? Ikut elisa untuk alami nya sendiri.... HAHAHA.... Mercu tanda yang dikagumi.... Jika korang berada di Dubai, tidak sah lah jika tidak kesini atau tidak mengabadikan kenangan bersama bangunan terkemuka ini.... Burj Al Arab antara binaan moden terawal disini.... Pembangunan di Dubai sendiri sangat menarik... Korang bayangkan 15 - 20 tahun yang lalu Dubai hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang rata-rata penduduknya mengutip mutiara laut serta menjadi pedagang.... Kini pelbagai bentuk luar biasa bangunan pencakar langit telah dibina.... Jika dilihat perkembangan disini ianya adalah sangat sungguh luar biasa... Jika dahulunya merupakan sebuah kawasan tandus dengan hanya padang pasir kering, kini mengalami transformasi hebat menjadi metropolitan yang masih lagi giat membangun.... Percayakah tak korang pencakar langit ini adalah perumahan perseorangan yang mampu dimiliki....? Binaanya agak rapat namun praktikal serta kelihatan sungguh moden.... Bangunan pintal. Masih dalam pembinaan....



 Ini Perumahan Perseorangan tau...
Mampu dimiliki bagi penduduk disana...
 Yang nie baru BAngunan Pintal..
Unik dan sangat memberi ilham..
Pereka Luar Negara yang cipta..
 Pantai Jumeirah nie tak tandus.. Sebab pasir import..

Pemandangan sekitar Dubai..
#semua tu team pelancongan..
 FRIEND a.k.a ABANG..
Mata elis masuk pasir sepanjang dekat Padang Pasir...
 Nie team elis.. Dorang pelancong china..
Ambil Pakej Vip..
Elis kebetulan kenal salah sorang dari mereka..
 Berada di tengah camp untuk menilmati makan malam ..
( ala BBQ ) dengan tarian tradisi puak kaum Badwi..
 Mesti tertanya mana muka aku..
Harap maklum jangan nak cari muka aku ye..
Ni gambar semua dari kamera Pelancong China..
So tak kan nak interframe muka aku pulak?
 Ini aku dalam kereta..
Tengah jalan tetiba kereta Stuck..
Terjerlus dalam pasir..
Lama gak.. Aku dah kering dalam kereta..
 Ini masjid.. Cantik sangat kau tahu tak !
Dibina dengan mamar putih diimport dari Itali serta Greece.
Sejuk dingin bila pijak lantai..
Inilah yang dikagumi semua pelawat ke mari. 
Lantai serta dinding mamar putih bertatah batu batu arked, jade, amethyst serta kristal. 
Dihiasi seperti ukiran bungaan - 
diilhamkan dari fauna yang ditemui kawasan tebing sungai berhampiran..
 Kagum tak tengok ???



  Tempat wudhu dengan batu jade kasar. 
Rasa sungguh dingin bila berada disini. 
Teknologi kuno untuk menyejukkan air tanpa perlu menggunakan bahan elektrik. 
Wohaa.. Kagum ok..

 Bagi kaum bukan islam..
Dorang boleh masuk masjid asalkan pakai pakaian tutup aurat..
Jangan bimbang kalau tiada persiapan..
Masjid dekat sana ada sediakan baju utk mereka..

 Karpet nie bukan setakat pameran..
Tapi buat solat juga..
Dikait sendiri dengan tangan manusia ye..

 Nie lagi kagum...
Satu lagi bentuk bangunan yang agak luar biasa didapati di Abu Dhabi ini. 
Ilham dari Menara condong Pisa

Ok tamat..
Ulangan pejelajahan elisa .. :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 mengumpat:

Catat Ulasan