RSS

hanya luahkan aku

Airmata aku jatuh berjurai disaat membaca tiap ayat kau... Kenapa kau persoalkan tentang jawatan aku sebagai bos ? Aku tak layak ke dengan jawatan yang aku pikul sekarang.... Kau kan sahabat aku dunia akhirat.. aku ingat kau tak akan sedikit pun persoalkan tentang hal tu... Ternyata meleset tanggapan aku pada kau.... Berulang kali bercerita pada kau apa fikiran atau tanggapan orang diluar bila tahu aku pegang jawatan dalam organisasi galeri.... Ye galeri aku besar sehingga ada diluar negara... Ye aku dapat kemewahan ini dengan sekelip mata hingga mengejutkan kau... Ye aku tahu... kau fikir kenapa aku mudah dapat segalanya..... kau pun inginkan seperti aku ,betul tak ? Tetapi aku ulang kembali  AKU PEGANG AMANAH ARWAH... aku nak jadi gadis yang naif , bodoh , dan serabai..... Tetapi aku tak dapat ulang seperti dulu... Kau fikir mudah untuk aku uruskan segalanya ? Semudah membaca ABC ???  kau silap ! Orang boleh tidur lena dan mimpi indah , ada masa bersama keluarga... Tetapi aku 24jam sentiasa berfikir.... Bagaimana aku ingin dapatkan income yang lebih untuk rolling kerugian yang aku alami.. ? Bagaimana aku ingin dapatkan keuntungan yang memudahkan rezeki orang lain ?? Bagaimana aku ingin selesaikan tiap masalah yang berlaku ?? Bagaiman aku ingin puaskan hati pelanggan aku ? Bagaimana aku ingin keadaan yang selesa ??? Bagaimana aku ingin mengembangkan sayap perniagaan ini supaya membanggakan Si Arwah ? Walau arwah dah tiada tetapi dia ada generasi dan impian... Aku ingin capaikan impian arwah... Aku perlu sokongan dari sahabat yang memahami aku.. yang dapat tahu resah hati ... Aku dah terlalu banyak kelukaan,... Kematian..kematian...kematian... 3x aku alami kehilangan orang yang benar benar rapat dengan aku... Orang yang menyokong aku dalam tiap apa yang aku lakukan... Sekarang Aku HANYA ADA KAU ! Tetapi kenapa kau buat aku macam nie...? Tak salah kau menegur aku... Menegur silap aku... Aku tahu aku silap... aku bukan nak beta sangat tiap apa yang kau cakap.. tetapi pada waktu itu aku betul betul ada urusan ...... Aku tak boleh nak jelaskan pada kau hingga kau faham... Sebab itu aku kata Bicara lain waktu..... Tetapi ...tetapi kenapa kau melenting ??? kau telah buat aku turut sama melenting 0.02% ... Mood aku bertukar pada saat itu juga... Aku ada client waktu itu.... Aku hilang seketika fokus bila tiap ayat kau menerjah diruang fikiran aku..... Aku berurusan bukan pada kadar RM 2- RM 10 , tapi urusan aku pada Ratusan Ribuaan Ringgit Malaysia.... Kalau aku terus layan mesej / ayat kau pasti aku dah gagal dalam perbincangan masa rabu tu.... Sebab kau melenting pada aku... Kenapa kau macam tu ? Kau ada masalah ke ? Atau aku dijadikan tempat luahan kemarahan kau ???? Kau marahkan aku kerna buat kau tak faham ? kau tempiskan emosi kau pada aku...  Maaf sebab aku lupa nak jelaskan pada kau... aku terlalu banyak kerja untuk dibuat sebelum puasa tiba... Aku lupaa... aku lupa nak beritahu hadiah kau aku dah ambil dekat pejabat pos... Pecah semua kaca... surat kau basah... tapi aku dah keringkan dan dapat baca semula ayat surat kau.. TERIMA KASIH ..... Kejutan untuk aku.. Tetapi kau yang terkejut sebab barang yang kau nak sampaikan pecah... Tiada rezeki.. TAPI TOLONG JANGAN BERI HADIAH GANTI RUGI..... Sebab hadiah muzik bear masih elok... Aku simpan......  Kalau kau pos hadiah sekali lagi , aku akan reject dan suruh posmen pulang balik muar... OK.... Aku bukan sengaja tak nak beritahu kau segalanya.. tapi aku sibuk dengan hal lain.. Hp aku tak cuit langsung sampai ke pagi khamis... Aku balik kerja rabu malam tu pukul 4pagi..  Aku teruskan kerja aku khamis tu mcm biasa.. Sampai waktu malam kau sms cakap tentang hadiah... ( Aku masih dalam ruang kerja yang padat... )  Yaaa baru aku sedar tentang hadiah tu...... dan aku sangka kau dah ingat ayat sms tu.. Rupanya kau tengok status facebook aku... Hampa.... Kalau aku tak buat status fb pasti hingga kini kau tertanya tanya apa maksud sms aku tengahari rabu tu kan... mesti kau makin tertekan...Kenapa kau selalu guna ayat IKUT SUKA / SUKA HATI dan lain lain (kau tak suka dengan orang yang bila ditanya tak jawab)..... Baran kau kembali lagi kan ? Nampaknya kau seakan kembali pada cara kau Usia 18tahun ..

Aku macam buddak kecil yang tak matang ke ? Selama kau berkawan dengan aku adakah itu tanggapan kau pada aku ? Kenapa kau tak beritahu awal ? kenapa sekarang kau baru wujudkan isu itu ? Maaf kalau kau rasa aku tak matang atau kebudakan.... Maaf kalau kau tak suka aku seperti itu... Tetapi itulah aku ! Sikap aku ! Gaya aku sebenar ...... Aku boleh matang dalam tiap tutur bicara .. Aku boleh berkelakuan matang kalau kau mahu ... Tetapi kau jangan kata disebaliknya.... Aku betul betul sentap dengan ayat kau bila kau nak buat aku faham dengan keadaan.. Apa salahnya kalau kau buat aku faham dengan sentuh pekara yang terjadi.. (Ayat tak sampai + kau tak faham) tak perlu kau nak ungkaikan hal lain... sehingga jawatan aku jadi BOS boleh timbul ... Pelanggan , manusia , jin , syaitan , Orang tua tak ingat apa2... Semua pekara tu keluar dalam barisan mesej kau... Sama ada kau sedar atau tak dengan ayat kau aku tak tahulah... Aku PENAT........... AKU PENAT.............. AKU NAK TENANG............. AKU NAK RUANG........... cukuplah kerja aku penuh dengan masalah... Sekarang hubungan persahabatn kita renggang sikit... Maaf seribu maaf... Aku undur diri seketika... Halakan makan minum perbuatan aku pada kau...
 Asalammuaikum ....


 Hadiah yang diposkan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 mengumpat:

Mrwan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catat Ulasan