Salam
Syukur alhamdulilah kini elis ada blog baru..
Tempat untuk elis mencurah segala isi hati atau peristiwa yang berlaku..
Mengongsi pengalaman dan kenangan bersama..
Blog lama elis dah jadikan sejarah hidup yang terindah..
Kini segalanya baru dalam hidup elis..
Menyedari hakikat hidup yang kita perlu berubah..
Melupakan apa yang patut kita lupa...
Sedar bahawa dunia sentiasa bergerak mngejar waktu..
Adakala elis dibawah ...
Adakala elis diatas..
Puncak yang selalu kita megah mungkin akan runtuh..
Gumpalan tanah yang rendah mungkin akan menjadi sebuah gunung..
Hakikat hidup sangat indah andai kita tahu bersyukur...
Alhamdulilah sekali lagi...
Elis diuji dengan pelbagai dugaan mencabar diri..
Segala perit dan derita elis melawan dan kuatkan hati..
Demi 1 persatu elis tempuh walaupun adakalanya elis ingin mengalah..
Atas berkat doa orang disekeliling elis...
Elis mampu berdiri teguh hingga kini..
Tanpa doa dan usaha segalanya tidak akan berjaya..
Elis akan tetap terus SENYUM ..
Hanya dengan senyuman akan memberi kekuatan..
Mungkin setengah orang pelik kenapa elis senyum walaupun ada masalah..
Kerna Senyuman Itu Sedekah..
Sedekah itu Keimanan..
Keimanan Itu kekuatan..
Maniskan Senyuman ... Sekian...
0 mengumpat:
Catat Ulasan