RSS

Sakit lagi

Sakitnya.....
Sakit semua anggota badan aku..
Nak gerak pun terasa perit...
Aku tahu keadaan aku tak berapa elok sejak kebelakangan nie..
Aku baru berapa minggu kena ragut dan cedera akibat kena tikam...
Aku bersama dengan staff galeri...
Mereka pun cedera juga.....
Sakitnya hanya Allah yang tahu waktu tu..
Selalu tengok dekat tv orang main tikam macam best jee kan ?
Tapi bila dah rasa SUMPAH aku tak sanggup nak kena lagi...
Biarlah kena langgar kereta , terus mati...
Daripada kena tikam dan tunggu waktu diselamatkan.......................
Masyaallah !! Terasa bagai satu tugasan nyawa nak kena cabut...
Berlumba-lumba darah keluar basahi tangan aku....
Dari aku terdaya untuk bergerak hingga akhirnya aku tersembam dimuka bumi...
Waktu tu aku rasa pasrah.... Andai tu kali terakhir aku didunia...
2 hari aku tak sedarkan diri.....
Doktor kata aku kehilangan 80% darah dalam badan...
Kalau lambat dibawa ke hospital mungkin aku dah "PERGI"
Ya Allah... Panjang Umur aku sekali lagi....
Dugaan tak pernah berhenti kepada aku
Walau sekecil zarah ia tetap membuat aku menangis...
Kesan dari tikaman perompak tu hampir buat organ dalaman aku rosak..
Hanya sipi dari organ penting... Iaitu LIMPA ...
Tapi kesakitan itu hingga kini aku rasai...
Ngilu yang teramat sangat !!
Hari ini aku berada dihospital...
Lagi sekali aku sesak nafas yang teruk...
Masyaallah... Dugaan aku !!!
Secara tiba aku tergapai seolah ada yang cekik leher aku...
Tercungap mahukan oxsigen....
Allahukhbar !!!!
Aku dibawa ke wad kecemasan...
Diberi bantuan pernafasaan....
Dikawal rapi oleh dokor...
Aku samar hampir pejamkan mata...
Tapi doktor tak izinkan aku lelap mata..
Khuatiri aku tak akan sedar lagi....
Aku ... Aku samar samar waktu itu............
Sakit !!!!! Sakit !!! airmata aku berjurai turun.........
Arggh !! Dada aku sakit !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ibu !!!!! Tolong kakak ..........
Ayah !!!!!!!!! Tolong ...........
Aku terus tak ingat apa pun malam semalam...
Syukur hari ini aku kembali stabil......
Tapi masih dalam pemantauaan doktor.......
Aku ........ Aku hampir mengalah........
Peganglah tangan aku .......
Pimpinlah aku ........
Aku takut kegelapan.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Leukemia itu apa ?

Ada kawan tanya aku apa itu KANSER DARAH ...
Kanser darah boleh dikata Leukemia ...
Ada pelbagai jenis leukemia....
Kita kena berjaga-jaga dengan penyakit yang ada..
Jangan terlalu awal putus asa....
Aku beri sedikit info tentang penyakit nie...

Leukemia adalah kanser tisu yang menghasilkan darah, termasuk sumsum tulang dan sistem limfa.....
Leukemia berasal daripada perkataan Greek bermaksud darah putih dan penyakit ini biasanya bermula dengan masalah sel darah putih....

Dalam keadaan normal atau tubuh yang normal, sel darah putih bertindak sebagai penghalang jangkitan yang membahagi secara teratur untuk menambah bilangannya dan leukemia mengganggu perjalanan proses ini...

Sum-sum tulang pesakit leukemia menghasilkan banyak sel darah putih berlainan bentuk dan tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya, kehadiran sel darah putih yang terlalu banyak akan menghalang pembentukan sel darah putih yang normal dan menjejaskan kebolehan badan melawan jangkitan.

Sel leukemia ini juga mengganggu sel darah lain, termasuk sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan platlet (Cecair warna kuning) yang membantu pembekuan darah untuk mengawal pendarahan.

Leukemia sebenarnya bukan penyakit kanak-kanak seperti disangkakan. Ada 4 jenis utama leukemia dan hanya sebahagian yang menyerang kanak-kanak dan boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan.

Simptom leukemia berbeza-beza tetapi secara umumnya pesakit mengalami demam dan letih berpanjangan, jangkitan yang susah sembuh, hilang selera makan, berat badan menurun, nodus limfa dan hati bengkak, mudah luka dan berdarah, kulit berbintik merah, berpeluh pada waktu malam dan sakit tulang.

Semua tanda ini bagaimanapun bergantung kepada jumlah sel darah putih yang terkumpul dalam badan pesakit. Biasanya, tanda awal leukemia sering dilepas pandang kerana ia menyamai simptom selesema dan penyakit biasa lain.

Doktor membahagikan punca leukemia mengikut jenisnya - akut dan limfositik... Dalam leukemia akut, sel darah yang tidak normal adalah sel tidak matang (blasts)... Sel ini tidak boleh berfungsi secara normal dan membahagi dengan cepat. Jadi, penyakit mudah menjadi serius dan memerlukan rawatan segera yang agresif.

Dalam kes kronik membabitkan sel darah lebih matang, sel-sel darah ini akan mengganda dan berkumpul lebih perlahan, boleh berfungsi secara normal bagi satu tempoh tertentu. Sesetengah jenis leukemia kronik tidak menunjukkan simptom dan pesakit tidak mendapatkan rawatan hinggalah apabila sudah terlalu serius.

Klasifikasi kedua pula dibuat berdasarkan jenis darah putih yang terbabit. Leukemia limfositik memberi kesan kepada sel limfoid atau limfosit dan membentuk tisu limfoid atau limfa.

Tisu ini adalah komponen utama sistem imun badan yang ada di semua bahagian tubuh, termasuk nodus limfa, limpa dan tonsil.

Leukemia mielogenus pula membabitkan sel mieloid iaitu penghasilan sel darah (sel darah merah, putih dan platlet) dalam sumsum tulang tidak normal..........

Antara jenis leukemia yang paling lazim adalah mieologenus akut (yang berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa), limfositik akut (biasanya pada kanak-kanak), mielogenus kronik (menyerang orang dewasa) dan limfositik kronik (dewasa).

Bagaimanapun, punca sebenar leukemia belum dapat dipastikan dengan tepat. Sehingga kini ia dipercayai berkaitan rapat dengan genetik dan faktor persekitaran.

Apa pun sebabnya, bilangan sel darah putih yang normal dan sihat akan melemahkan sistem pertahanan badan, menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan, anemia dan pendarahan teruk. Sebaliknya, mempunyai terlalu banyak sel darah putih akan merosakkan fungsi sumsum tulang dan memasuki organ badan lain. Jika berlaku pendarahan atau jangkitan, ia boleh membawa maut.

Antara faktor risiko mendapat leukemia termasuk terapi kanser (kemo dan radioterapi), genetik, pendedahan kepada radiasi atau bahan kimia seperti benzene (dalam minyak tanpa plumbum, asap rokok dan bahan kimia industri). Bagaimanapun, biasanya orang yang kerap terdedah kepada faktor di atas tidak mendapat leukemia.

Jika anda mengalami simptom leukemia, segera jalani pemeriksaan kesihatan. Tidak seperti kanser lain, rawatan leukemia rumit kerana ia membabitkan sumsum tulang yang menghasilkan sel darah merah, putih dan platlet - yang sangat penting untuk hidup.

Jenis rawatan bergantung kepada banyak faktor, termasuk umur, keadaan kesihatan dan tahap penyakit. Cara paling utama adalah kemoterapi untuk membunuh sel leukemia secara pengambilan pil atau suntikan terus ke dalam salur darah.........

Terapi biologi atau imunoterapi juga dijalankan untuk meningkatkan tindak balas sistem imun badan terhadap kanser. Manakala rawatan radiasi menggunakan sinar-x atau sinar bertenaga tinggi lain untuk memusnahkan sel leukemia dan menghalang pertumbuhannya.

Kaedah lain adalah pemindahan sumsum tulang. Dalam kaedah ini, pesakit diberi kemoterapi atau radiasi pada dos lebih tinggi untuk memusnahkan sel leukemia dalam sumsum tulang. Sumsum tulang diperoleh daripada penderma sesuai atau sumsum tulang pesakit sendiri.

Pemindahan sel stem lebih kurang sama dengan pemindahan sumsum tulang dan sel stem diambil daripada darah pesakit atau penderma. Kaedah ini lebih popular daripada pemindahan sumsum tulang kerana tempoh penyembuhan yang singkat dan kurang risiko jangkitan.

Menghidap kanser - sebarang jenis kanser adalah pengalaman paling mengerikan, terutama jika ia membabitkan anak kecil. Apa pun keadaan anda, ingat, anda tidak bersendirian.
Anda perlu kuatkan semangat menghadapi dugaan ini. Beberapa cara boleh dilakukan, termasuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai penyakit, kaedah rawatan dan kesan sampingannya.
Dapatkan sokongan keluarga. Jika tidak, sertailah kumpulan sokongan pesakit kanser. Ini penting untuk meningkatkan tindak balas badan terhadap rawatan. Berbual dengan pesakit yang senasib sedikit sebanyak akan membantu menguatkan semangat dan pengalaman orang lain boleh membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buat rancangan mengubah kehidupan mengikut kemampuan anda. Pastikan anda meluangkan masa untuk diri, ambil makanan seimbang, bersenam dan dapatkan rehat yang cukup.
Kekalkan kehidupan yang aktif. Menghidap penyakit bukan bermakna anda perlu mengenepikan kegiatan digemari. Jika anda suka menyertai aktiviti kemasyarakatan, teruskan kerana ia membantu anda meningkatkan kualiti hidup.



Ok , bagaimana dengan penerangan yang aku sediakan ?
Membantu ke tidak ?? Jangan lemah dengan penyakit yang kita dapat...
Dugaan itu penghapus dosa...
Aku hampir 23tahun menghidap penyakit yang tiada ubat...
Hanya mampu mengawal dan merawat tiap bulan dihospital...
Insyaallah ... Ada hikmah sebaliknya atas penderitaan aku alami ...
Tabahlah !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanda injap jantung bocor :)


Injap jantung bocor 



DI dalam organ jantung ada 4 injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja.
Injap ini dinamakan injap Mitral dan Aortic di sebelah kiri dan injap pulmonari dan tricuspid di kanan jantung.

Injap mitral memisahkan antara atrium kiri dan ventrikel kiri dan memastikan darah hanya mengalir daripada atrium ke dalam ventrikel.

Daripada ventrikel kiri, darah dipam keluar ke salur darah aorta dan injap aortic memastikan darah tidak mengalir semula ke dalam ventrikel kiri dari aorta.

Injap tricuspid pula memisahkan atrium kanan dan ventrikel kanan, manakala injap pulmonari memisahkan ventrikel kanan dan salur darah pulmonari.

Masalah injap bocor ialah apabila injap tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan darah mengalir ke belakang. Jika injap mitral bocor, darah mengalir semula ke dalam atrium kiri dan jika injap aortic, darah mengalir semula ke dalam ventrikel kiri.

Injap paling kerap mengalami masalah bocor adalah injap mitral dan aortic, diikuti injap tricuspid dan pulmonary.

Injap mitral bocor (Mitral regurgitation)

Injap mitral boleh menjadi bocor disebabkan:masalah prolapse injap mitral
penyakit jantung reumatik
jangkitan endocarditis – jangkitan kuman pada injap
penyakit jantung koronari
jantung bengkak

Simptom akibat masalah ini:
Penat atau susah bernafas ketika berjalan atau bersenam
Rasa berdebar-debar

Ujian yang boleh mengesahkan masalah ini ialah ekokardigram atau ultrasound jantung. Di dalam ujian ini, tahap bocor injap dapat dinilai dengan tepat dan jika didapati teruk, pesakit disyorkan menjalani pembedahan injap mitral. Tiada ubat boleh mengubati masalah injap.

Injap aortic bocor (Aortic regurgitation)

Masalah ini disebabkan:
penyakit jantung reumatik
jangkitan endokarditis – jangkitan kuman pada injap
masalah yang menyebabkan salur darah aorta menjadi bengkak seperti sindrom Marfan, sifilis dan ankylosing spondylitis

Simptom kerap dialami ialah kesukaran bernafas atau penat, terutama bila bersenam. Sama seperti masalah injap mitral bocor, tiada ubat boleh mengubatinya. Pembedahan tukar injap satu-satunya rawatan untuk masalah injap aortic bocor.

Injap Trikuspid bocor
Injap tricuspid berada di sebelah kanan jantung. Injap ini boleh menjadi bocor disebabkan :
Jangkitan endokarditis – jangkitan kuman pada injap
Penyakit jantung reumatik

masalah yang menyebabkan ventrikel kanan bengkak seperti :
> pulmonari hipertensi atau tekanan darah tinggi di dalam salur darah pulmonari
> masalah lemah jantung keseluruhan

Simptom disebabkan oleh masalah ini adalah:
bengkak seluruh badan
bengkak kaki
bengkak bahagian abdomen
letih..

P/S : Kenapa aku letak artical nie ?
Sebab aku ada salah satu gejala diatas... Tapi yang mana ?? Hanya aku dan doktor tahu... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penyakit Tibi

Hari ini aku bicara tentang penyakit TIBI...
Apa itu Tibi ? Kita baca dan cuba fikir ada ke tidak gejala ini dalam keluarga kita :)

PENYAKIT tibi dikenali juga sebagai Tuberculosis. Ia merupakan penyakit berjangkit yang berpanjangan.
Seperti demam selesema, penyakit tibi boleh berjangkit melalui udara. Hanya mereka yang menghidap penyakit tibi boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain.
Pesakit yang dijangkiti oleh penyakit tersebut akan membekalkan kuman tibi di udara apabila mereka batuk, bersin, bercakap dan meludah.
Sesiapa sahaja yang menyedut udara yang telah dicemari oleh kuman tibi berkenaan walaupun sedikit mereka boleh terkena jangkitan penyakit tersebut.
Kuman tersebut dinamakan Mycobecteriam Tuberculosis. Penghidap yang dijangkiti boleh menjadi pembawa jangkitan kepada 15 hingga 20 orang setiap tahun.
Kajian yang dijalankan mendapati seramai 1.7 juta manusia telah dijangkiti Mycobecteriam Baccillai yang telah membunuh dua juta penduduk dunia setiap tahun.
Peningkatan jumlah pesakit yang dijangkiti tibi di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Asia Tenggara, berada dalam situasi yang membimbangkan.
Ini disebabkan kurang kesedaran di kalangan masyarakat dan perpindahan penduduk dari negara-negara yang tinggi risiko wabak penyakit itu.
Masalah tersebut semakin serius apabila program kawalan penyakit tibi yang dilaksanakan di negara-negara berkenaan kurang berkesan dan keadaan bertambah rumit kerana berlaku pertambahan pembawa virus HIV di kalangan masyarakat.
Pembawa virus HIV pula terdedah kepada jangkitan tibi pada kadar 50 peratus berbanding 10 peratus bagi yang tidak dijangkiti HIV.

Tanda-tanda dan gejala
Jangkitan tibi pada organ paru-paru melebihi 90 peratus pesakit. Ini bermakna tanda-tanda dan gejala umum penyakit ini lebih berkait rapat dengan paru-paru.

Gejala yang biasa berlaku ialah:
- Batuk lebih daripada dua minggu
- Demam berpanjangan
- Berpeluh waktu malam
- Kurang selera makan
- Hilang berat badan
- Penat, letih dan lesu
- Muntah berdarah
- Gangguan suara.


Tanda-tanda dan gejala-gejala di atas hampir serupa dengan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti.
Sekiranya sejarah pesakit berhubung kait dengan anggota keluarga yang menghidap tibi, ia dinamakan `Kontek Tibi'. Dalam kes ini risiko jangkitan adalah terlalu tinggi dan pemeriksaan perlu dilakukan segera.
Tibi juga boleh berjangkit pada bahagian-bahagian lain badan manusia seperti kelenjar lymph, otak, jantung, tulang dan saluran gastrointestinal (pemakanan).
Tanda-tanda dan gejala jangkitan mempunyai hubung kait dengan organ yang telah dijangkiti seperti bengkak kelenjar, pening kepala, bengkak tulang dan keadaan kurang selesa di saluran usus.
Tibi paru-paru atau Pulmonary TB merupakan jangkitan yang kerap berlaku jika dibandingkan dengan organ-organ lain manusia.
Sehubungan itu, pemeriksaan kahak melalui mikroskop perlu dijalankan bagi membolehkan basillai tibi dikesan di dalam kahak pesakit.
Proses berkenaan digunakan 100 peratus untuk mengesan jangkitan penyakit tibi. Bagaimanapun, hanya satu contoh kahak pesakit tidak mencukupi untuk mengesan penyakit itu.
Biasanya proses tersebut memerlukan sebanyak tiga contoh pemeriksaan untuk digunakan sebagai perbandingan keputusan.
Selain itu, pemeriksaan X-ray pada bahagian dada juga perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap jangkitan dan kerosakan sel paru-paru yang telah dijangkiti.
Apa yang menjadi kebimbangan kini ialah sebahagian klinik swasta tidak memiliki kemudahan pemeriksaan tersebut bagi tujuan mendiagnosa penyakit tibi dan akhirnya pesakit terpaksa dirujuk di hospital kerajaan.
Satu lagi cara untuk menyiasat jangkitan penyakit tibi ialah dengan cara ujian Mantoux.
Ujian itu dijalankan dengan menyuntik cecair Tuberculin dengan dos yang rendah di bahagian kulit tangan kiri.
Selepas 72 jam pesakit dikehendaki datang ke klinik untuk menentukan sama ada berlaku sebarang reaksi pada bahagian yang disuntik.
Sekiranya pesakit telah terdedah dengan jangkitan di bahagian kulit berkenaan ia akan menampakkan tanda kemerahan yang lebarnya lebih 10mm (1cm).
Sementara itu, bagi mengesan tibi untuk organ yang lain pula, tisu organ yang dijangkiti diperlukan bagi tujuan Biopsy. Sekiranya ada tanda-tanda bengkak di sisi leher, maka tisu pada bahagian tersebut diperlukan.

Rawatan
Rawatan penyakit tibi memerlukan tempoh yang lama. Ia disebabkan oleh Mycobecteriam Baccillai yang sukar untuk dihapuskan kerana ia akan menjadi kebal (resistant).
Rawatan bagi penyakit tibi memerlukan pengambilan antibiotik dalam tempoh enam bulan bagi menyembuhkan pesakit.
Bagi dua bulan pertama rawatan, pesakit dikehendaki mengambil ubat antitibi setiap hari dan sekiranya ada kejayaan pada tahap rawatan berkenaan pesakit dikehendaki mengikuti rawatan selama empat bulan berikutnya yang mana pesakit diperlukan mengambil ubat antitibi dua kali seminggu.
Ubat antitibi boleh diambil dalam bentuk suntikan atau tablet. Dalam tempoh rawatan tersebut segelintir pesakit akan mengalami kesan sampingan akibat pengambilan ubat tersebut. Namun, ia tidak berbahaya serta boleh dikawal. Sepanjang rawatan penyakit tibi, pesakit memerlukan kesungguhan untuk membolehkan mereka menamatkan rawatan.
Pemeriksaan yang tidak mematuhi jadual rawatan memungkinkan berlakunya kekebalan ubat antitibi (TB Drugs Resistant).
Jika situasi itu berlaku pesakit memerlukan rawatan ubat toksik yang lebih mahal harganya dan tempoh rawatan akan memakan masa lebih daripada dua tahun.

Komplikasi penyakit tibi
Penghidap tibi yang mendapatkan rawatan awal tidak akan mengalami komplikasi kerana kerosakan di bahagian sel, paru-paru adalah rendah.

Harap dapat manfaat ok ...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

info kanser

Salam ..
Sejak aku dilahirkan aku dah dapat ujian dari Allah SWT...
Aku selalu optimis walau aku hampir mengalah................
Aku kerap sembang dengan doktor di hospital...
Aku ada info sedikit tentang KANSER..........
Thank Doktor Faiz sebab selalu ajari aku tentang penyakit ....

(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada.
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher...

Harap info ini berguna pada orang yang ingin tahu... Sebab itu aku lebih peka tentang kesihatan diri... Aku berjaga-jaga bila ada sesorang cuba menipu aku dengan menggunakan alasan penyakit yang berbahaya... Aku takkan mudah percaya selagi tiada bukti yang sah ! Aku dah lama mengenal tentang penyakit... Hospital rumah kedua dalam hidup aku... sekian...

(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada.
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
- See more at: http://ezany-kun.com/tanda-tanda-awal-kanser/#sthash.cQZeZEOM.dpuf
(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada.
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
- See more at: http://ezany-kun.com/tanda-tanda-awal-kanser/#sthash.cQZeZEOM.dpuf

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tentang leukemia VS Aku

Leukemia ialah satu daripada barah yang berpunca daripada pertambahan sel darah putih. Ini memudaratkan kesihatan kerana boleh menyebabkan kerosakan sel darah merah.

Ini memudahkan jangkitan, mengurangkan sel darah putih matang selain membantutkan pertumbuhan platelet iaitu bahan utama dalam kandungan darah.

Pakar Pediatrik Hospital Columbia Asia, Dr Khairul Zaman Omar berkata, tiada sebab mutlak seseorang diserang leukemia, namun ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.

“Antara faktor kanak-kanak dijangkiti leukemia ialah sejarah keluarga yang mengalami sakit sama atau barah, pernah terkena jangkitan virus Epstein-Barr (tidak semua), selepas membuat rawatan kemoterapi dan mengalami penyakit sindrom Down, sindrom fragile-X (sindrom reput-X) serta sindrom Fanconi.


“Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan maut. Meskipun selepas rawatan, perlu sentiasa diawasi kerana leukemia menyebabkan sistem imunisasi pesakit lemah dan tidak normal, malah mudah terkena jangkitan kuman, misalnya fungus,...

Menurutnya, seawal bayi lahir, ia mempunyai risiko dijangkiti leukemia, malah antara lelaki dan wanita, risiko diserang leukemia adalah sama.

“Leukemia boleh berlaku kepada sesiapa saja, sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Orang dewasa lebih berisiko mendapat penyakit ini apabila sering terdedah kepada sinaran...

Di kawasan tertentu dunia, seperti barat daya Jepun, bahagian Afrika dan Caribbean, sejenis leukemia tertentu boleh merebak di kalangan penduduk tempatan disebabkan virus dikenali sebagai Human T cell lymphotropic virus (HTLV).

Antara Jenis leukemia

Leukemia boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dengan cepat dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu yang dipanggil leukemia akut.

Manakala yang berkembang dengan kadar perlahan dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun pula dipanggil leukemia kronik.

Penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis sel darah putih yang terbabit. Leukemia mieloid ialah yang membabitkan granulosit (satu daripada sekumpulan darah putih yang mengandungi bintil dalam sitoplasma); leukemia limfoid membabitkan limfosit (sel darah putih di nodus limfa, limpa, kelenjar timus, dinding usus dan sumsum tulang).

1) Leukemia limfoid akut (Acute lymphoid leukaemia)

Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan peratusan yang kecil di kalangan orang dewasa. Ia menjejaskan limfosit yang belum matang.

Limfosit yang normal bertanggungjawab melawan jangkitan apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel pembunuh limfosit yang khas.

2) Leukemia limfoid kronik (Chronic lymphoid leukaemia)

Leukemia ini juga menjejaskan limfosit tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut. Penyakit ini menyerang orang dewasa, tetapi tidak dikesan pada kanak-kanak.

Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel normal tidak terhimpit dan ditolak keluar dengan cepatnya berbanding leukemia limfoid akut.

Jika menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala hinggalah peringkat lanjut penyakit ini.

3) Leukemia mieloid akut (Acute myeloid leukaemia)

Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja. Ia menjejaskan sel mieloid yang dipanggil granulosit.

Penyakit ini menghasilkan sel mieloid yang masih muda dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel mieloid matang. Sel ini boleh menyekat saluran darah.

4) Leukemia mieloid kronik (Chronic myeloid leukaemia)

Leukemia jenis ini boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun. Ia menghalang sel mieloid daripada berfungsi dengan betul.

Ia berlaku dalam dua peringkat iaitu berlakunya pembahagian sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut.

Rawatan


  • Kemoterapi.
  • Rawatan komplikasi seperti jangkitan kuman memerlukan antibiotik.
  • Rawatan pemindahan sum-sum tulang.

  • p/s : * Leukemia adalah penyakit yang aku alami ... *Thalasemia sama seperti leukemia...
    Mohon pada Allah supaya awak tidak dapat penyakit ini... Saya beritahu awal.... Saya sudah alami :)

    Sekian erin...

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    kawaii nee ...

    Eeee .. Comelnya !!!! Eeee .. Cantiknya !!!!
    Ehhh muka awak macam patung lah !! Untungnya...
    Haaa .. kenapa ?
    Ayat itu sering kita dengar dimana-mana ...
    Dekat facebook paling banyak dapat lihat ayat itu kan..
    Orang puji sana situ tentang kecantikan atau kecomelan seseorang..
    Sampaikan ada yang cemburu dengan wajah individu tersebut... !
    Ada juga yang dokk taksub dengan wajah yang comel a.k.a kawaii ...
    Ada yang wajahnya macam anak patung... Barbie Doll ...
    Ada yang bila dimakeup muka dah macam orang korea @ jepun...
    Kenapa negara itu dikaitkan ??
    Sebab negara itu rata-rata penduduknya KAWAII !
    Hanya touch dengan eyeliner dan bedak padat...
    Muka dah cantik kebenor ...
    Itu untung muka memang dah sedia putih melepak...
    Habis itu kalau muka dah coklat kuning sawo macam mana pulak ?
    Tepek ler apa jenis pun jenama bedak padat ...
    Conteng ler kaler apa pun dekat mata tuu haa..
    Memang tak serupa barbie doll hah !
    Serupa badut kena demam selsema ada arr ....
    Kalau pandai bersolek memang boleh nampak cun oiii ..
    Tapi kalau tangan tuuu dah pengkor a.k.a tangan keras.........
    Haaa ... Terpaksa bila bergambar kena repair a.k.a edit gambar weii !!
    Gara-gara nak nampak Ala-Ala Korea Kpop ...
    HEHEHE ...
    Kenapa aku cakap macam tuuu ??
    Ini realiti kehidupan zaman sekarang..
    Macam batang hidung aku sendiri lerr ...
    Aku bukan sewenangnya nak bercerita tentang orang ...
    HAHAHAHAHA .. Apa kelass ngumpat belakang... :p
    Aku CEMBURU SANGAT bila nampak perempuan kawaii ...
    Ya allah macam nak cubit-cubit muka perempuan tuu....
    Solek punya ler simple... Tapi effect dia memang tiptop...
    Muka dah macam patung ... Rupa orang korea pun hadooo...
    Aku paling anti kalau ada perempuan muka persis orang korea...
    Sebab aku teruja !!!! Woii aku teruja woiiii !!!!!
    HAHAHAHAHA...
    Kadang-kadang aku copy gambar perempuan yang kawaii gila ..
    Aku simpan dan aku teliti cara dorang makeup...
    kenapa boleh serupa macam patung bernyawa...
    Bila aku test dekat muka sendiri....
    Hurmmm ... Tak macam korea... tapi macam afrika...
    HAHAHAHAHA.... sedih woii ....
    Banyak perempuan muka kawai tak pakai tudung...
    Dari gaya rambut sampai pakaian memang meletup...
    Sebab itu aku kata macam orang korea...
    Tapiiiiii ... Ada juga yang pakai tudung....
    Dari tudung sampai ke kasut ....
    Fulamaaakkk ... Model pun kalah weii ...
    Rupa anak patung ........
    Aku ada kenal seberapa gadis yang kawai ...
    Bermula dari facebook aku kenal dorang..
    Saling berbicara dan sokong antara satu sama lain..
    Aku suka tengok muka dorang...
    Sangat sangat menarik gaya penampilan dorang...
    Aku cemburu dengan wajah dorang..
    Dan dorang pun turut cemburu pada wajah aku...
    Sebab aku mata sepet !
    Dorang kata aku budak cina !!!!!!
    Aku pakai tudung tapi tetap boleh nampak seperti orang cina..
    Bila tak pakai tudung ... Sah ! memang macam rupa cina...
    HAHAHAHA...
    Muka aku berubah wajah bila jurusolek yang tatarias jer ok !
    Aku syukur sebab diberi wajah seperti ini..
    Walau tak kelihatan kawaii , tapi sekurangnya aku masih lengkap ada wajah..
    Muka tiada jerawat .. Kulit tak gelap macam india...
    Mata redup dilihat.. Hidung tak kembang.. Bibir tak seksi sangat..
    Alhamdulilah.... Anggota wajah aku teratur dimuka...
    Kalau terlalu cantik atau comel ...
    Takut jadi kegilaan lelaki hidung belang pula..
    Berpada-pada bila ingin tampilkan kecantikan....
    Aku tak mahu orang sukakan aku kerana wajah aku...
    Tapi biar berdasarkan keperibadian..
    sekian...

    Ada beberapa kawan muka kawaii ...

    Aisyah - eicah
    Penyanyi Terengganu ...
    Dia Adik Angkat aku...
    Dia comel dan manja sangat...
    Kawaii kan ??

    Adila...
    Model popular di kedah...
    Dia popular dengan Gwiyomi di youtube...
    Birthday dia sama dengan aku..
    15.06.
    Dia peramah dan panggil aku KAKAK ..


    Nur Natasya Atira Mazlan - Abell
    Penyanyi Terengganu yang mewakili RTM..
    Salah satu adik kesayangan aku...
    Dia iras pelakon korea..
    Tapi lupa pula nama artis tu..
    Dia selalu sms , wechat and call...
    LOVE YOU MABBel..
    Pssstt .. Tengok gaya rambut abell...
    Osemm Rite !
    Kawaii nee abell...

    Mereka yang kawai sangat...
    Selalu buat aku cemburu........
    HAHAHA..
    Dorang panggil aku Budak Sepet !!

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Bila aku mati

    Assalamualaikum.

    Kalau aku pergi dulu ..
    Dalam erti kata lain meninggal atau mati contohnya...
    Hurmm... Ada tak orang nak lawat ?
    Hurmm...  Ada tak orang nak taklin ?
    Bacakan aku yaasin ? Ragu................ (fikir sejenak)

    Ragu yang paling diragui....
    Adakah aku akan mati dalam islam ????
    Adakah aku akan mati dalam keadaan seorang muslimah ?
    Mukminah sejati ????
    Adakah Allah pelihara aku disaat aku mengalami sakaratul maut ????
    Atau aku terpesong dek kerana hasutan syaitan durjana ?????

    Di saat aku mengalami saat getir, bertarung dengan si iblis.
    Kehausan yang melanda....
    Lalu si iblis tadi mengumpan segelas air dan ia berkata....
    "Jika kau ikut aku, kau akan dapat air ni"
    Si iblis terus terusan menghasut agar kita mati dalam keadaan kafir.
    Dan saat itu yang boleh bantu kita cumalah keimanan.
    Setabah mana iman aku? Subahannallah ...

    Kerana itu....
    Perlunya seseorang untuk talkin orang yang mengalami sakaratul maut....
    Agar dia boleh mengikut ucapan syahadah itu...
    Agar dia ingat kembali akan islam.

    Sudah.
    Awak....
     Jika diri ini pergi dahulu menghadap Ilahi,
    Ampun dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki.
    Jika diri ini ditarik nyawa terdahulu...
    Anggap saja masanya sudah tiba.
    Tidak usah dikenang juga ditangisi...
    Aku bukannya semulia Saidatina Fatimah.

    Maafkan jika pernah mengasari...
    Maafkan jika pernah menyakiti....
    Maafkan, maafkan, maafkan segalanya....
    Ingatilah segala kenangan bersama ...
    Lupakan sengketa... Teruskan kehidupanmu setabahnya..
    Aku menunggu kamu diperjalanan terakhir...
    Ingatlah pesananku ... Jangan titiskan airmatamu kerana-ku...
    Aku tak terdaya untuk memelukmu ,menenagkan hatimu..
    Aku tak terdaya mengerakkan tangan menyesat airmatamu...
    Aku mampu ...mampu lihatmu dari jauh...
    Jangan seksa mayatku.......... :)

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS